Tumbuhan efemeral
Tumbuhan efemeral mempunyai jangka hayat yang sekejap dan selalunya mempunyai dua kitar hidup dalam satu musim. Setiap generasi mati selepas melepaskan biji benih, maka generasi seterusnya terhasil melalui biji benih sahaja. Contoh yang paling banyak digunakan ialah rumpai gransel (Senecio vulgaris) dan arabidopsis (Arabidopsis thaliana). Kerana tempoh hidup ia yang singkat, istilah 'efemeral' juga diberikan untuk tumbuhan gurun saka yang berbunga sepintas lalu selepas hujan.
Tumbuhan semusim
Tumbuhan semusim ialah tumbuhan yang biasanya mati selepas melengkapkan kitaran biologinya bermula dengan percambahan dan diakhiri dengan berbunga atau penghasilan biji benih. Ini berlaku dalam tempoh masa setahun atau semusim . Bagi tumbuhan semusim benar hanya akan hidup lebih dari setahun jika mereka dihalang dari menghasilkan biji benih. Sesetengah tumbuhan tak berbiji juga boleh dianggap semusim walaupun mereka tak mengeluarkan bunga jika ia mati dalam tempoh masa setahun atau semusim.
Antara contoh tumbuhan semusim banyak terdapat pada
sayur-sayuran berbanding pokok
buah-buahan.
Tumbuhan dwimusim
Tumbuhan dwimusim ialah tumbuhan yang mengambil masa dua tahun (iaitu, dua musim pertumbuhan) untuk melengkapkan kitar hidupnya.
[1] Pada tahun pertama, ia tumbuh daun, batang, dan akar (struktur tampang). Kemudian ia masuk tempoh
kedormanan pada
musim sejuk. Selalunya batang kekal pendek dan daun dekat dengan tanah, membentuk
roset. Banyak tumbuhan dwimusim memerlukan
rawatan sejuk, atau
pemvernalan sebelum ia berbunga. Pada tahun seterusnya, iaitu pada musim bunga atau musim panas, batang ia akan mula tumbuh dengan cepat untuk fasa
pembiakan pula. Kemudian ia berbunga, menghasilkan buah dan benih dan akhirnya ia mati. Kebanyakkan tumbuhan dwimusim berasal dari kawasan
beriklim sederhana.
Dari perspektif pekebun, status tumbuhan sebagai
semusim, dwimusim, atau
saka berbeza mengikut tempat dan tujuan. Tumbuhan dwimusim untuk tanaman bunga, buah, atau benih ditanam dalam tempoh kitaran ia hidup selama dua tahun. Manakala tumbuhan dwimusim untuk tanaman makanan seperti
sayuran atau
akar pula ditanam sebagai tanaman semusim (kurang dari setahun). Tumbuhan dwimusim tulen hanya berbunga sekali dalam hidupnya, berbeza dengan tumbuhan saka yang berbunga setiap tahun setelah matang.
Contoh tumbuhan dwimusim ialah
pasli,
lobak,
bunga balung ayam dan
lili. Ahli pembiak baka tumbuhan telah menghasilkan
kultivar semusim dari tumbuhan dwimusim yang akan berbunga pada tahun pertaman dari biji benih seperti
pokok sarung tangan musang dan
pokok stok.
Tumbuhan saka
Bagi negara
beriklim sederhana, pertumbuhan pokok saka berlaku pada
musim bunga dan
musim panas. Kemudian ia akan
meluruhkan dedaunnya pada
musim luruh bersedia untuk ke
musim sejuk. Pada masa ini ia kekal
dorman. Ia kemudian tumbuh kembali pada musim bunga dan kitaran ini berlaku setiap tahun. Ini berlainan dengan pokok saka di kawasan
beriklim tropika yang mana ia kekal hidup sepanjang tahun tanpa meluruhkan dedaun.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.