Tumbuhan efemeral
Tumbuhan semusim
Tumbuhan semusim ialah tumbuhan yang biasanya mati selepas melengkapkan kitaran biologinya bermula dengan percambahan dan diakhiri dengan berbunga atau penghasilan biji benih. Ini berlaku dalam tempoh masa setahun atau semusim . Bagi tumbuhan semusim benar hanya akan hidup lebih dari setahun jika mereka dihalang dari menghasilkan biji benih. Sesetengah tumbuhan tak berbiji juga boleh dianggap semusim walaupun mereka tak mengeluarkan bunga jika ia mati dalam tempoh masa setahun atau semusim.
Antara contoh tumbuhan semusim banyak terdapat pada sayur-sayuran berbanding pokok buah-buahan.Tumbuhan dwimusim
Tumbuhan dwimusim ialah tumbuhan yang mengambil masa dua tahun (iaitu, dua musim pertumbuhan) untuk melengkapkan kitar hidupnya.[1] Pada tahun pertama, ia tumbuh daun, batang, dan akar (struktur tampang). Kemudian ia masuk tempoh kedormanan pada musim sejuk. Selalunya batang kekal pendek dan daun dekat dengan tanah, membentuk roset. Banyak tumbuhan dwimusim memerlukan rawatan sejuk, atau pemvernalan sebelum ia berbunga. Pada tahun seterusnya, iaitu pada musim bunga atau musim panas, batang ia akan mula tumbuh dengan cepat untuk fasa pembiakan pula. Kemudian ia berbunga, menghasilkan buah dan benih dan akhirnya ia mati. Kebanyakkan tumbuhan dwimusim berasal dari kawasan beriklim sederhana.Dari perspektif pekebun, status tumbuhan sebagai semusim, dwimusim, atau saka berbeza mengikut tempat dan tujuan. Tumbuhan dwimusim untuk tanaman bunga, buah, atau benih ditanam dalam tempoh kitaran ia hidup selama dua tahun. Manakala tumbuhan dwimusim untuk tanaman makanan seperti sayuran atau akar pula ditanam sebagai tanaman semusim (kurang dari setahun). Tumbuhan dwimusim tulen hanya berbunga sekali dalam hidupnya, berbeza dengan tumbuhan saka yang berbunga setiap tahun setelah matang.
Contoh tumbuhan dwimusim ialah pasli, lobak, bunga balung ayam dan lili. Ahli pembiak baka tumbuhan telah menghasilkan kultivar semusim dari tumbuhan dwimusim yang akan berbunga pada tahun pertaman dari biji benih seperti pokok sarung tangan musang dan pokok stok.
Tumbuhan saka
Tumbuhan saka ialah tumbuhan yang hidup lebih dari dua tahun.[1] Istilah ini digunakan bagi membezakan antara tumbuhan yang hidup semusim dan dwimusim. Kadang-kala istilah ini disalah anggap oleh sesetengah pekebun atau ahli hortikultur merujuk sebagai khusus kepada tumbuhan herba saka. Untuk lebih tepat, tumbuhan berkayu seperti pokok renek dan pokok juga merupakan tumbuhan saka.
Bagi negara beriklim sederhana, pertumbuhan pokok saka berlaku pada musim bunga dan musim panas. Kemudian ia akan meluruhkan dedaunnya pada musim luruh bersedia untuk ke musim sejuk. Pada masa ini ia kekal dorman. Ia kemudian tumbuh kembali pada musim bunga dan kitaran ini berlaku setiap tahun. Ini berlainan dengan pokok saka di kawasan beriklim tropika yang mana ia kekal hidup sepanjang tahun tanpa meluruhkan dedaun.Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
No comments:
Post a Comment