Tuesday, 17 July 2012

Lima kumpulan tumbuhan berdasarkan jangka hayat

Tumbuhan efemeral

Tumbuhan efemeral mempunyai jangka hayat yang sekejap dan selalunya mempunyai dua kitar hidup dalam satu musim. Setiap generasi mati selepas melepaskan biji benih, maka generasi seterusnya terhasil melalui biji benih sahaja. Contoh yang paling banyak digunakan ialah rumpai gransel (Senecio vulgaris) dan arabidopsis (Arabidopsis thaliana). Kerana tempoh hidup ia yang singkat, istilah 'efemeral' juga diberikan untuk tumbuhan gurun saka yang berbunga sepintas lalu selepas hujan.

Tumbuhan semusim

Tumbuhan semusim ialah tumbuhan yang biasanya mati selepas melengkapkan kitaran biologinya bermula dengan percambahan dan diakhiri dengan berbunga atau penghasilan biji benih. Ini berlaku dalam tempoh masa setahun atau semusim . Bagi tumbuhan semusim benar hanya akan hidup lebih dari setahun jika mereka dihalang dari menghasilkan biji benih. Sesetengah tumbuhan tak berbiji juga boleh dianggap semusim walaupun mereka tak mengeluarkan bunga jika ia mati dalam tempoh masa setahun atau semusim.
Antara contoh tumbuhan semusim banyak terdapat pada sayur-sayuran berbanding pokok buah-buahan.

Tumbuhan dwimusim

Tumbuhan dwimusim ialah tumbuhan yang mengambil masa dua tahun (iaitu, dua musim pertumbuhan) untuk melengkapkan kitar hidupnya.[1] Pada tahun pertama, ia tumbuh daun, batang, dan akar (struktur tampang). Kemudian ia masuk tempoh kedormanan pada musim sejuk. Selalunya batang kekal pendek dan daun dekat dengan tanah, membentuk roset. Banyak tumbuhan dwimusim memerlukan rawatan sejuk, atau pemvernalan sebelum ia berbunga. Pada tahun seterusnya, iaitu pada musim bunga atau musim panas, batang ia akan mula tumbuh dengan cepat untuk fasa pembiakan pula. Kemudian ia berbunga, menghasilkan buah dan benih dan akhirnya ia mati. Kebanyakkan tumbuhan dwimusim berasal dari kawasan beriklim sederhana.
Dari perspektif pekebun, status tumbuhan sebagai semusim, dwimusim, atau saka berbeza mengikut tempat dan tujuan. Tumbuhan dwimusim untuk tanaman bunga, buah, atau benih ditanam dalam tempoh kitaran ia hidup selama dua tahun. Manakala tumbuhan dwimusim untuk tanaman makanan seperti sayuran atau akar pula ditanam sebagai tanaman semusim (kurang dari setahun). Tumbuhan dwimusim tulen hanya berbunga sekali dalam hidupnya, berbeza dengan tumbuhan saka yang berbunga setiap tahun setelah matang.
Contoh tumbuhan dwimusim ialah pasli, lobak, bunga balung ayam dan lili. Ahli pembiak baka tumbuhan telah menghasilkan kultivar semusim dari tumbuhan dwimusim yang akan berbunga pada tahun pertaman dari biji benih seperti pokok sarung tangan musang dan pokok stok.


Tumbuhan saka

Tumbuhan saka ialah tumbuhan yang hidup lebih dari dua tahun.[1] Istilah ini digunakan bagi membezakan antara tumbuhan yang hidup semusim dan dwimusim. Kadang-kala istilah ini disalah anggap oleh sesetengah pekebun atau ahli hortikultur merujuk sebagai khusus kepada tumbuhan herba saka. Untuk lebih tepat, tumbuhan berkayu seperti pokok renek dan pokok juga merupakan tumbuhan saka.
Bagi negara beriklim sederhana, pertumbuhan pokok saka berlaku pada musim bunga dan musim panas. Kemudian ia akan meluruhkan dedaunnya pada musim luruh bersedia untuk ke musim sejuk. Pada masa ini ia kekal dorman. Ia kemudian tumbuh kembali pada musim bunga dan kitaran ini berlaku setiap tahun. Ini berlainan dengan pokok saka di kawasan beriklim tropika yang mana ia kekal hidup sepanjang tahun tanpa meluruhkan dedaun.

 Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kepentingan Ekonomi Tumbuhan

Kepentingan ekonomi

Tumbuhan berbunga membekalkan peratusan yang tinggi makanan asas kegunaan manusia, samaada secara langsung atau melalui makanan ternakan. Dari kesemua keluarga tumbuhan berbunga, Poaceae, atau keluarga rumput, ialah yang paling penting, membekalkan sebahagian besar kesemua makanan ternakan (padi, jagung, gandum, barli, rai, oat, milet, tebu, betari), dengan Fabaceae, atau famili legum, tempat kedua. Yang juga penting adalah Solanaceae, atau famili nightshade (kentang, tomato, dan lada, antara lain), Cucurbitaceae, atau keluarga timun (juga termasuk labu dan tembikai), Brassicaceae, atau keluarga mustard (termasuk rapeseed dan kobis), dan Apiaceae, atau keluarga lobak. Kebanyakan buah datang dari Rutaceae, atau keluarga sitrus, dan Rosaceae (keluarga ros, termasuk epal, pear, ceri, aprikot, plum, dll).
Di sebahagian tempat di dunia, spesies tunggal mencapai tahap kepentingan utama disebabkan pelbagai kegunaan seperti kelapa (Cocos nucifera) di terumbu Pasifik. Satu contoh lain adalah zaitun (Olea europaea) di Mediterranean.
Tumbuhan berbunga turut memberikan sumber ekonomi dalam bentuk kayu, kertas, fiber (kapas, flaks, dan hem, antara lain), ubat-ubatan (digitalis, ubat gegat), tumbuhan hiasan dan hiasan taman (landscaping), dan banyak lagi kegunaan lain.

Tumbuhan Berbunga

Tumbuhan berbunga merupakan kumpulan tumbuhan moden utama, merangkumi tumbuhan yang menghasilkan benih dalam organ pembiakan khusus yang dikenali sebagai bunga, di mana ovulari atau karpel tertutup. Dalam tumbuhan berbiji benih yang lain (spermatofit), dikenali sebagai gimnosperma, ovul tidak tertutup ketika pendebungaan.

Pengelasan

Tumbuhan berbunga biasanya dianggap sebagai divisi, dahulunya dikenali sebagai Angiospermatofita atau Antofita, tetapi sekarang dikenali sebagai Magnoliophyta menurut jenis genus Magnolia.

Secara tradisi, tumbuhan berbunga dipecahkan kepada dikotiledon dan monokotiledon (disingkatkan sebagai dikot dan monokot). Sebahagian besarnya berasaskan jumlah kotiledon atau daun embrio terkandung dalam biji benih, tetapi terdapat beberapa perbezaan lain. Kumpulan ini biasanya dikenali sebagai kelas, dahulunya dikenali sebagai Dicotyledoneae dan Monocotyledoneae, tetapi sekarang dikenali sebagai Kelas Magnoliopsida dan Kelas Liliopsida menurut genus dalam setiap kes.

Kajian membuktikan bahawa monokots adalah monofiletik dan dikot adalah parafiletik. Bagaimanapun, sebahagian besar temasuk dalam subgroup monophyletic dikenali sebagai eudikotiledon atau trikolpat, dibezakan terutamanya melalui bentuk debunga. Oleh kerana sistem baru juga cenderung mengelakkan kumpulan parafiletik, ia boleh dianggap sebagai kelas Rosopsida berlainan, atau dipecahkan kepada beberapa kelas. Magnoliopsida kemudiannya akahn dihadkan kepada dikot basal atau paleodikotiledon, kumpulan parafiletik yang boleh dipecahkan lagi.

Contoh tumbuhan berdasarkan kegunaan / nilai komersial :

Daftar tumbuhan berdasarkan kegunaan / nilai komersial

Lihat juga

Maklumat tumbuhan umum

Kadar pertumbuhan tumbuhan amat berbeza, antara kurang dari 1 &mikro;m/h (contoh sesetengah lumut), kebiasaannya 25-250 µm/h dalam kebanyakan pokok, dan sehingga 12,500 µm/h dalam sesetengah spesies memanjat yang tidak perlu membazir tenaga untuk menghasilkan tisu penyokong yang keras.

Jenis Tumbuhan, Pokok, Kulat & Alga

  • Pokok
Tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok apabila ia mempunyai akar, batang, dahan, ranting, dan daun. Secara am pokok-pokok boleh dikelaskan seperti berikut:
  1. Pokok saka
  2. Pokok palma
  3. Pokok renek
  4. Pokok herba
  5. Pokok parasit/tumpang
  6. Pokok rumput/rumpai
  • Kulat dan Cendawan

Daftar tumbuhan berdasarkan kegunaan / nilai komersial

Friday, 6 July 2012

Jangka hayat Tumbuhan

Sebagai tambahan kepada pengelasan saintifik tumbuhan, atau pendekatan yang paling popular berasaskan sistem tersebut, terdapat juga pengelasan tumbuhan melalui cara lain yang akan dibincangkan di sini.
Tumbuhan jatuh dalam salah satu antara lima kumpulan berdasarkan jangka hayat ia.
  1. Tumbuhan efemeral - mempunyai dua kitar hidup dalam satu musim.
  2. Tumbuhan semusim - mempunyai satu kitar hidup untuk semusim atau dalam setahun
  3. Tumbuhan dwimusim - mempunyai dua kitar hidup dalam dua tahun. Kitar pertama adalah pertumbuhan tampang dan kitar kedua ialah pembiakan.
  4. Tumbuhan herba saka - tumbuhan herba yang hidup lebih dari dua tahun.
  5. Tumbuhan berkayu saka - tumbuhan berkayu yang hidup lebih dari dua tahun.

Kategori Tumbuhan

Tumbuhan vaskular sama ada herba atau berkayu. Tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan renek tanpa batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah.Tumbuhan saka vaskular mungkin malar hijau, daun kekal sepanjang tahun, atau luruh, meluruhkan daun pada musim luruh dalam setahun. Kebanyakan tumbuhan luruh, biasanya dijumpai di kawasan beriklim sederhana, dan sesetengah tumbuhan tropika dan subtropika meluruhkan daun mereka pada musim kemarau.Tanaman juga dibahagikan menurut penggunaan ia dalam kehidupan manusia. Tanaman makanan termasuk buah, sayur-sayuran, herba, dan rempah.

Tumbuhan

Tumbuhan
Taburan fosil:
Kambria Awal sehingga sekarang
Diversity of plants image version 5.png
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
(tiada pangkat) Archaeplastida
Alam: Plantae
Haeckel, 1866[1]

Tumbuhan Hijau

Tumbuhan merupakan salah satu daripada alam benda hidup yang terdapat di alam semesta.
Tumbuhan merupakan organisma yang terkandung dalam alam Plantae. Biasanya, organisma yang menjalankan proses fotosintesis diklasifikasikan sebagai tumbuhan. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalani proses fotosintesis.
Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan dalam beberapa segi termasuk sel tumbuhan mempunyai dinding sel.
Secara amnya tumbuhan dibahagikan kepada :-
  1. tumbuhan berbunga sama ada:
    1. pokok berbuah
    2. pokok tidak berbuah
  2. tumbuhan tidak berbunga.

Sains dan Teknologi

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia