Kepentingan ekonomi
Tumbuhan berbunga membekalkan peratusan yang tinggi makanan asas kegunaan manusia, samaada secara langsung atau melalui makanan ternakan. Dari kesemua keluarga tumbuhan berbunga, Poaceae, atau keluarga rumput, ialah yang paling penting, membekalkan sebahagian besar kesemua makanan ternakan (padi, jagung, gandum, barli, rai, oat, milet, tebu, betari), dengan Fabaceae, atau famili legum, tempat kedua. Yang juga penting adalah Solanaceae, atau famili nightshade (kentang, tomato, dan lada, antara lain), Cucurbitaceae, atau keluarga timun (juga termasuk labu dan tembikai), Brassicaceae, atau keluarga mustard (termasuk rapeseed dan kobis), dan Apiaceae, atau keluarga lobak. Kebanyakan buah datang dari Rutaceae, atau keluarga sitrus, dan Rosaceae (keluarga ros, termasuk epal, pear, ceri, aprikot, plum, dll).Di sebahagian tempat di dunia, spesies tunggal mencapai tahap kepentingan utama disebabkan pelbagai kegunaan seperti kelapa (Cocos nucifera) di terumbu Pasifik. Satu contoh lain adalah zaitun (Olea europaea) di Mediterranean.
Tumbuhan berbunga turut memberikan sumber ekonomi dalam bentuk kayu, kertas, fiber (kapas, flaks, dan hem, antara lain), ubat-ubatan (digitalis, ubat gegat), tumbuhan hiasan dan hiasan taman (landscaping), dan banyak lagi kegunaan lain.
No comments:
Post a Comment